Sunday, November 30, 2008

PETUA KHAZANAH NENEK MOYANG

Salam semua, di sini kakjayn ambil kesempatan untuk berkongsi apa sahaja petua-petua nenek moyang kita yang dapat diamalkan dan diperturunkan kepada generasi muda agar terpelihara khazanah berharga ini agar tidak luput ditelan kemodenan. Kakjayn juga ingin mengambil kesempatan mengundang kawan-kawan untuk berkongsi sama petua-petua lama supaya dapat dimasukkan di blog ini untuk manfaat bersama - sila email kepada kakjayn di : pemborongzara@yahoo.com dan kakjayn akan masukkan di blog with credits kepada mereka yang terlibat menjayakan section ini.


Petua-petua ini sebenarnya mudah, antara kita nak buat atau tidak sahaja...so sama-samalah kita pilih sekurang-kurangnya 3 petua untuk diamalkan setiap minggu/bulan semoga ianya memberi manfaat pada kita di kemudian hari.


RAHSIA AWET MUDA & KESIHATAN:


- Mandi sebelum matahari terbit, gunakan air sejuk bersuhu biasa. Sewaktu menjirus mulakan dengan Bismillah & Selawat Nabi.
- Amalkan memakan madu bersama secubit serbuk kulit kayu manis setiap awal pagi.
- Rajin puasa sunat Isnin & Khamis. Banyakkan zikir, Selawat Nabi, mengaji Al-Quran dan solat-solat sunat.
- Amalkan meminum air rebusan (atau blender) kunyit hidup + madu setiap bulan.
- Amalkan minum air rendaman nasi semalaman.
- Amalkan minum air kosong di waktu pagi sebaik selepas bangun tanpa menggosok gigi.


KULIT CANTIK BERSERI & NAIKKAN SERI WAJAH:


- Amalkan telur ayam + perahan limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah KECUALI kawasan mata dan bibir. Biarkan sehingga kering (pls jangan bercakap-cakap waktu ini bagi mengelakkan garisan halus pada wajah). Bilas dengan air sehingga bersih. Amalkan 1 x seminggu.
- Amalkan berlulur 1 - 2 x seminggu.
- Basuh muka dengan air kelapa (tak kira muda/tua), jangan terus lap tetapi biarkan ia meresap hingga kering seketika. Kemudian baru dibilas bersih. Amalkan seminggu sekali.
- Amal makan putik bunga ros. (yang makan emo tak pernah buat - minum air rebusan bunga ros pernah, tapi diajar oleh Opah Ratu, lari bajet woooo nak beli bunga ros nowadays mahal)
...... bersambung....

No comments: