Monday, December 8, 2008

SEKADAR SELINGAN

Fakta Menarik
1. Jika mata anda mengikuti bintik merah jambu yang sedang bergerak itu, anda akan melihat semua bintik hanya dalam satu warna iaitu warna merah jambu. Tetapi sekiranya anda merenung ke arah simbol "+", bintik yang berputar akan bertukar menjadi warna hijau.


2. Sekarang anda perlu merenung tepat dan tajam ke arah simbol "+" itu, anda akan menyedari bintik merah jambu akan hilang secara berperingkat dan yang hanya tinggal adalah bulatan hijau yang bergerak.


Beginilah hebatnya minda kita bekerja.
Yang sebenarnya, bintik hijau tidak pernah wujud dan bintik merah jambu tidak pernah hilang.
Catatan : Ini bukti jelas bahawa kita tidak selalu melihat apa yang kita fikir kita sedang lihat. Penglihatan kita sendiri boleh menipu kita.


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kami dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur."
(Surah An-Nahl ayat 78)

No comments: